Struktur organisasi Kesatuan_Pemuliharaan_Alam_Sekitar_Antarabangsa

IUCN mempunyai tiga bahagian: [1]

  1. Pertubuhan anggota;
  2. 6 suruhanjaya saintifik;
  3. Sekretariat.

Anggota

IUCN menyatukan kedua-dua negara dan pertubuhan bukan kerajaan. Ia menentukan dasar Kesatuan dan program kerja sejagat, serta memilih Majlisnya (setanding dengan lembaga pengarah syarikat) dalam Kongres Pemuliharaan Dunia IUCN. Pertubuhan-pertubuhan anggota membahagikan diri kepada jawatankuasa-jawatankuasa nasional dan kawasan.[1]

Suruhanjaya

Terdapat enam suruhanjaya yang menilai keadaan sumber semula jadi sedunia dan membekali Kesatuan dengan pengetahuan yang kukuh dan nasihat dasar yang berkenaan dengan isu-isu pemuliharaan: [1]

Suruhanjaya tentang Pengurusan Ekosistem

Suruhanjaya tentang Pengurusan Ekosistem (CEM) IUCN: CEM membekalkan bimbingan kepakaran tentang pendekatan ekosistem bersepadu untuk mengurus ekosistem semula jadi serta ekosistem terubah suai. Pada bulan Mei 2008, ia mempunyai 400 anggota di bawah Pengerusi Hillary Masundire.[3][4]

Suruhanjaya tentang Pendidikan dan Komunikasi

Suruhanjaya tentang Pendidikan dan Komunikasi (CEC) IUCN: CEC memperjuangkan penggunaan strategi komunikasi dan pendidikan untuk mendidik pihak berkepentingan tentang penggunaan boleh kekal sumber semula jadi. Pada bulan Mei 2008, suruhanjaya ini mempunyai 500 anggota di bawah Pengerusi Keith Wheeler dan Naib Pengerusi Juanita Castaño.

Suruhanjaya tentang Dasar Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial

Suruhanjaya tentang Dasar Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (CEESP) IUCN: CEESP membekalkan kepakaran dan nasihat dasar tentang faktor-faktor ekonomi dan sosial untuk memuliharakan dan menggunakan kepelbagaian biologi secara boleh kekal. Pada bulan Mei 2008, CEESP mempunyai 500 anggota di bawah Pengerusi Taghi Farvar.

Suruhanjaya tentang Undang-undang Alam Sekitar

Suruhanjaya tentang Undang-undang Alam Sekitar (CEL) IUCN: CEL meningkat maju undang-undang alam sekitar menerusi pengembangan konsep undang-undang dan alat surat cara yang baharu dan membina keupayaan masyarakat untuk menggunakan undang-undang itu untuk pemuliharaan dan pembangunan boleh kekal. Pada bulan Mei 2008, suruhanjaya ini mempunyai 800 anggota di bawah Pengerusi Sheila Abed.

Suruhanjaya Kemandirian Spesies

Suruhanjaya Kemandirian Spesies (SSC) IUCN: SSC menasihati Kesatuan tentang aspek-aspek teknikal pemuliharaan spesies dan menjalankan kegiatan-kegiatan untuk menangani spesies-spesies yang menghadapi ancaman kepupusan. Ia adalah suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk menghasilkan Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Pada bulan Mei 2008, keanggotaan SSC berjumlah melebihi 7,000 pakar spesies dan biokepelbagaian di seluruh dunia di bawah Pengerusi Holly Dublin.

Ibu pejabat IUCN di Gland.

Suruhanjaya Dunia tentang Kawasan Terlindung

Suruhanjaya Dunia tentang Kawasan Terlindung (WCPA) IUCN

Sekretariat

Anggota dan suruhanjaya bekerja bersama-sama dengan sekretariat profesional yang terdiri daripada melebihi 1,100 orang di 62 buah negara yang berbeza. Julia Marton-Lefèvre — pakar global dan pemimpin dalam pembangunan dan pemuliharaan — memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2 Januari 2007. Beliau menggantikan Achim Steiner yang telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) pada Jun 2006.